Artis dan politik bukan lagi asing. Ramai anak seni tanah yang telah bergiat aktif dalam dunia politik seperti penyanyi Aisyah dan Hermantino dan Dayangku Intan (sekadar menyebut beberapa nama).
Tidak terkecuali pelakon muda, Johan As'ari juga rupa-rupanya sudah lama menyumbangkan khidmatnya dalam dunia politik. "Sebenarnya saya tercalon sebagai Ahli Jawatan Kuasa Dewan Undangan Negeri Bukit Kecil Paya Dalam, Melaka.
Saya terharu bila penduduk di situ saya dipilih untuk pikul tanggungjawab tu dan saya hargai kepercayaan mereka terhadap saya", katanya kepada Malaysian Digest.com baru-baru ini. Bagaimanapun Johan berkata dia tidak berhasrat untuk betul-betul aktif dalam bidang yang cukup berpengaruh itu. Cuma sebagai anak yang dibesarkan dalam keluarga politik, dia memang bersemangat kalau berbicara tentang memperjuangkan nasib serta hak anak bangsa.
"Saya dibesarkan dalam keluarga politik. Saya nampak politik itu adalah kuasa. Saya tak perlukan kuasa. Saya rasa kalau saya tak ceburi dunia politik pun tapi atas nama sebagai anak seni, saya masih lagi boleh berbakti pada masyarakat dengan cara saya sendiri. Jadi biarlah saya terus saya jadi anak seni.
Dalam pada itu Johan juga berharap agar ayahya iaitu Datuk As’ari Ibrahim, 57, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya memperoleh kejayaan dalam merebut jawatan sebagai Timbalan Ketua Bahagian Umno Cawangan Bukit Katil, Melaka.
"Dah 30 tahun ayah saya ceburi dunia politik. Pada saya, saya melihat bapa saya seorang pejuang bangsa. Saya harap dia berjaya menyandang jawatan itu", katanya. Perkembangan lain, Johan bakal muncul menerusi lakonannya dalam filem Balada Pencinta bergandingan dengan Siti Saleha. Filem arahan Khir Rahman itu akan ditayangkan mulai 24 Oktober ini.
Selain itu, dia juga mendebar menantikan satu lagi filem lakonannya, Tokan, yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Johan juga sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri untuk slot Samarinda berjudul Istidraj Cinta.
0 ulasan:
Catat Ulasan