MELAKA: Kerajaan negeri Melaka mengambil berat terhadap pembinaan rumah-rumah penyembahan di negeri ini bagi kepentingan masyarakat bukan Islam dan tidak pernah merobohkannya, kata Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Alam Sekitar Datuk Ismail Othman.
Beliau menafikan kerajaan negeri ada meroboh tokong, kuil dan gereja di Melaka selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
"Kerajaan negeri tidak pernah merobohkan bangunan-bangunan ini (tokong, kuil dan gereja), tindakan meroboh hanya dilakukan terhadap kotak-kotak pemujaan kerana tempat tersebut dikhuatiri akan disalah guna bagi tujuan tidak sihat," katanya menjawab soalan Goh Leong San (DAP-Duyong) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini.
Beliau berkata tindakan meroboh kotak pemujaan itu dilakukan kerana melanggar garis panduan yang ditetapkan termasuk ia dibina di atas tanah yang mempunyai syarat nyata seperti kediaman, perniagaan dan industri selain beroperasi di atas tanah kerajaan tanpa persetujuan kerajaan negeri.
Katanya kotak pemujaan itu lazimnya dibina pemaju atau kontraktor di kawasan pembinaan dan seharusnya dirobohkan setelah projek itu siap.
"Tetapi ada yang kekal akhirnya menjadi tempat pemujaan, benda yang kecil menjadi besar, ini perlu kita jaga kerana ia terletak di kawasan lapang dan tempat ini di kawasan perumahan adalah bagi kanak-kanak bermain dan sebagainya," katanya.
Mengulas lanjut, Ismail berkata kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Rumah Penyembahan telah menerima 64 permohonan baharu rumah penyembahan sejak ditubuhkan pada 12 Julai 2008.
Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 18 tokong diluluskan pembinaan selain tujuh kuil dan satu gereja.
Menjawab soalan tambahan Goh sama ada masyarakat atau ketua agama dimaklumkan sebelum kerja meroboh kotak pemujaan dilakukan, Ismail berkata notis 21 hari dikeluarkan Pihak Berkuasa Tempatan sebelum notis 14 hari dan tiga hari dikeluarkan jika pihak terlibat gagal mematuhinya.
"Notis ini telah memberi masa yang cukup untuk pihak terlibat membuat tindakan sewajarnya...kalau katakan kita roboh atas sifat tidak puas hati, saya menafikan kerana ia berdasarkan undang-undang," katanya.

0 ulasan:
Catat Ulasan