Ratu 'selfie' Britain, Helen Flanagan kelihatan membuat keputusan untuk berenang bogel di Maldives baru-baru ini. Model pakaian dalam yang sering dikaitkan dengan pemain sayap West Brom, Scott Sinclair, itu sedang bercuti di kepulauan Maldives bersama keluarga ejennya dan telah mengambil kesempatan untuk menggunakan kolam renang persendirian mereka secara amat berkesan.
Melalui profilnya di laman Twitter, Helen mendedahkan, "Sedang berenang bogel dalam kolam renang saya." Selain daripada mesej yang menggiurkan itu, Helen turut memuat naik beberapa gambarnya berpakaian bikini seksi bagi menunjukkan lengkuk badannya yang mengancam. Model itu dipercayai sedang bercuti panjang bagi mencari ketenangan berikutan situasi hubungan cintanya yang terumbang-ambing bersama Scott Sinclair.
Dalam satu temubual bersama majalah OK! baru-baru ini, Helen mendedahkan, 'Saya ingin menyelesaikan masalah dan kembali bersamanya. Saya hanya ingin gembira semula. 'Walaupun pada masa ini kami tidak bersama, perasaan saya terhadapnya masih tidak berubah. Saya amat merinduinya.' Helen memutuskan hubungannya dengan pemain sayap West Brom yang dipinjamkan dari Manchester City itu pada Jun tahun ini selepas Scott Sinclair didapati menghantar 'sms berunsur seks' kepada personaliti TV, Donatella Panayiotou.
Namun begitu, pasangan ini kerap kali kelihatan meluangkan masa bersama berikutan pemisahan mereka. Hubungan mereka sekali lagi menjadi bualan orang ramai selepas Helen didapati bermalam di rumah Scott Sinclair bagi menyambut hari jadinya yang ke-23 beberapa bulan lepas.
0 ulasan:
Catat Ulasan