1 Oktober 2013

Posted by jinson on 1.10.13 No comments


Pasangan bahagia yang masih baru bergelar suami isteri iaitu Linda Hashim dan Beego bakal bergelar ibu dan bapa setelah aktres berusia 29 tahun itu telah disahkan mengandung lebih kurang 2 bulan atau 10 minggu pada beberapa minggu lalu.
 Ketika ditemui baru-baru ini, kedua mereka tidak menyangka rezeki datang begitu cepat dan pasangan ini menerimanya dengan hati terbuka serta telah bersedia bergelar ibu dan bapa. Masih lagi diperingkat awal, Linda memberitahu bahawa tiada sebarang alahan atau mengidam apa-apa. "Buat masa ini saya belum didatangi morning sickness atau sebarang alahan yang seringkali dialami oleh wanita mengandung. Mungkin masih terlalu awal atau saya tidak terlalu memberikan perhatian kepada sebarang perbezaan yang berlaku kepada diri saya
. "Saya mendapat tahu bahawa saya mengandung pun ketika itu rasa macam tak yakin. Sebab agak cepat juga kan selepas kami berkahwin tempoh hari. Tetapi saya dan Beego tak pernah merancang, rezeki dah diberi kami terima,"ujarnya yang tetap akan terus berlakon hingga usia kandungan mencecah 8 bulan. Berbeza pula dengan Beego, kesempatan ini diambilnya untuk menjaga isteri dan dalam erti kata lain mengambil tugas membuat kerja rumah.
 Beego mahu menggunakan peluang ini bagi menurunkan berat badan dengan melakukan kerja rumah disamping memanjakan isteri tersayangnya itu. "Bila saya dapat tahu mengenai hal ini saya memang teruja, lagipun kami tak pernah merancang. Ada juga macam terasa pelik, seperti alahan mengandung itu berpindah kepada saya.
 Buat masa ini masih terkawal lagi dan saya tidak terlalu melayankan perasaan tersebut. "Saya sebaliknya akan jadi lebih peka dan ambil tahu mengenai kondisi isteri dan cuba membantunya melakukan kerja-kerja rumah. Kalau ada waktu lapang saya akan kemas rumah, cuci baju di pusat dobi automatic dan pelbagai lagi. "Ini kerana saya seronok manjakan isteri saya dan pada masa yang sama saya boleh kira itu adalah senaman saya. Semenjak berkahwin ini rasanya berat badan bertambah naik.
 "Inilah masanya saya cuba balas balik dengan membuat kerja rumah sebagai senaman saya," cerita Beego yang menjalankan tanggungjawab sebagai suami dalam masa yang sama menganggap ia sebagai aktiviti untuk dia mengurangkan berat badan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog