Nampaknya kisah pertengkaran yang melibatkan isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan Norshahrul Idlan Talha atau Mat Yo dengan seorang pengawal keselamatan atau Pak Guard masih belum berakhir lagi. Walaupun isteri Mat Yo iaitu Aisya telah memohon maaf secara terbuka menerusi pihak media, Debot dapat tahu, Aisya akan tetap dikenakan tindakan saman daripada pihak majikan Azman Mohd Nayan atau Pak Guard Azman.
Malah, kes ini difahamkan hanya akan diselesaikan di mahkamah saja walaupun laporan polis terhadap kes ini akan ditarik balik atau tidak. Menurut sumber, tindakan saman ini bukanlah datang sepenuhnya dari Pak Guard Azman sebaliknya ia merupakan tindakan lanjut oleh syarikat keselamatan yang menjadi majikan kepada Azman yang berusia 49 tahun.
Debot diberitahu, tindakan saman ini bukanlah berunsurkan keuntungan atau membalas dendam tetapi sebaliknya demi menjaga kepentingan dan keselamatan pekerja yang bekerja di syarikat keselematan berkenaan. Dalam pada itu, Debot mendapat tahu, kehidupan Pak Guard Azman sudah berubah dan dilihat setaraf selebriti popular tempatan apabila ramai orang mahu mengambil gambar dengannya.
Debot diberitahu, selain bersemangat untuk menyambung kerja sebagai pengawal keselamatan, Azman turut menasihat kepada orang muda supaya menghormati orang tua tidak kira kerja atau pangkat. Yang penting, Debot dengar cerita, ada pihak syarikat tempatan telah berminat untuk mengambil Pak Guard Azman untuk menjadi juru cakap produk disebabkan dia mendapat perhatian ramai masyarakat tempatan.
Senang cerita sebab popular. Apapun, Debot nasihat kepada Pak Guard supaya berhati-hati membuat penilaian kerana mungkin juga ada pihak yang ingin mengambil keselataman.
0 ulasan:
Catat Ulasan