1 Oktober 2013

Posted by jinson on 1.10.13 No comments
Yus Jambu: Wanita Bertudung Itu Bukan Bakal Isteri Saya!
Bintang komedi popular, Yus Jambu yang masih kekal dalam program Super Spontan 2 menerusi kumpulan Ketam Konfius menafikan bahawa wanita bertudung yang ada dalam gambar itu adalah bakal isterinya. Sebaliknya, Yus atau lebih mesra disapa Pak Yus memberitahu tidak kenal wanita yang gambarnya tersebar luas di internet bersama dirinya itu.
 "Gambar itu sudah lama. Saya tidak kenal pun siapa dia? Bakal isteri saya seorang model. Dia tidak bertudung. "Saya sebolehnya nak kenalkan bakal isteri saya itu pada peminat. Namun, demi menghormati keputusan dia dan keluarga, saya masih terpaksa merahsiakan wajah dan identiti sebenarnya. "Bila tiba masa nanti, baru saya akan kenalkan dan kongsi gambar dia," katanya kepada Debot.
 Dalam pada itu, Yus berkongsi bahawa hubungan mereka sebagai kekasih bakal diakhiri ke jinjang pelamin penghujung tahun depan. "Insya-Allah, saya dan dia akan bernikah hujung tahun 2014. Kami tidak akan bertunang. Kami akan terus bernikah saja. "Lagi pun usia saya sudah berapa...Doakanlah jodoh kami panjang," ujarnya.
 Hubungan Yus dan kekasihnya mula dikesan pihak media selepas final Maharajalawak 2012 yang menempatkan kumpulan Jambu yang dianggotainya bersama Tauke sebagai naib juara. Selepas itu, ramai mencari siapakah gerangan wanita yang berjaya memikat hati Yus itu sehingga timbul pelbagai cerita kurang enak terhadap pasangan ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog