22 Oktober 2013

Posted by jinson on 22.10.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa
Pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan dakwaan mengenai dia terlibat dalam pergaduhan dengan berbalas tumbukan bersama seorang pengguna jalan raya di kawasan Ampang adalah mengarut. Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 28, menafikan gosip tersebut dan bertegas sehingga kini dia belum pernah lagi terbabit dengan mana-mana pergaduhan.
"Siapalah yang buat cerita ini tanpa bertanya pada saya dahulu? Saya tak buat perkara itu. "Janganlah menuduh saya sembarangan. Apapun saya terima gosip ini sebagai dugaan dalam hidup," katanya. Pada Ahad lalu, sebuah akhbar mingguan dalam ruangan pojok melaporkan Sharnaaz telah bergaduh dengan seorang pengguna jalan raya lain sehingga membelasah lelaki tersebut dengan teruk.
Sharnaaz juga tidak terkecuali terkena tumbukan ketika insiden tersebut. Pergaduhan itu membuatkan kawasan jalan raya itu sesak kerana ia turut disaksikan orang ramai. Dalam pada itu tambah Sharnaaz yang baharu saja selesai penggambaran drama Baby Yana (untuk saluran RTM), dia berharap masyarakat tidak sembarangan mempercayakan gosip tersebut hanya kerana dia dilihat seorang yang baran.
Bagaimanapun, bekas kekasih Shila Amzah itu mengakui, dia akan mempertahankan dirinya andakata dia dikasari mana-mana pihak. "Jujurnya dahulu saya seorang yang pemarah dan cepat naik angin. Tetapi manusia boleh berubah bukan? 
"Saya tidak akan memukul orang tanpa sebab dan akan bawa berbincang dahulu jika sesebuah masalah itu timbul. Perasaan marah saya kini sudah boleh dikawal," ujarnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog