Benarkah pelakon kecil molek Ana Dahlia sudah menemui cinta baru dalam hidupnya? Adakah pemuda bertuah itu teman di kalangan artis juga atau pun hanya lelaki biasa yang berjaya mencuit hatinya?
Atau adakah lelaki tersebut pelakon bernama Yus Waisar yang namanya mula dikenali di kalangan peminat drama tempatan?
Hakikatnya cinta mereka dikatakan mula bersemi dalam telemovie, Hembusan Terakhir terbitan Suhan Movies yang mengisi slot Citra di TV2 pada hari ini bersamaan dengan 22 Oktober, jam 10.00 malam.
Namun, percintaaan yang bersemi itu hanyalah semata-mata untuk menjayakan watak mereka dalam telemovie yang turut dijayakan Azlee Khairi, Dian P.Ramlee dan Namron.
Plot cerita arahan Heykal Hanifah ini membawakan kisah watak Shanti melihat keadaan di sekelilingnya. Orang asing, bahasa asing dan satu tempat yang asing bagi dirinya. Mengapa hidupnya begitu? Walhal inilah negaranya? Mengapa perlu dia menjadi pengemis dan hidup miskin di negara sendiri?
Tinggal bersama dengan orang-orang asing, bekerja di tengah tengah panas.
Dalam keadaan yang berhabuk dan mengangkat batu-batu, membancuh simen dan memegang cangkul. Bukankah sepatutnya kini dia punya pekerjaan yang lebih baik? Dia bukanlah bodoh sangat.
Cinta. Ya, kerana cintalah hidupnya menjadi begini. Gara-gara jatuh hati dengan seorang pekerja asing. Dia nekad melarikan diri dari keluarganya, dari sahabatnya dan semua yang dia ada dahulu. Bukannya tidak ada yang menasihatinya.
Namun mungkin kerana usianya yang terlalu mentah dahulu, dia kemaruk bercinta.
Habis semua sahabat-sahabat yang memberikan nasihat dan peringatan dahulu dimaki hamunnya. Semuanya kerana ia fikir mereka cemburu melihat betapa agungnya kisah cinta mereka. Justeru, dia nekad meninggalkan Malaysia dan berkahwin dengan Harianto di Indonesia.
Shanti kembali menilai kehidupannya. Jika direnung semula, hanya dia seorang sahaja wanita warga tempatan yang tinggal di rumah kongsi itu. Yang lain, warga Indonesia kampung yang datang untuk mencari rezeki sebagai buruh binaan. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Begitulah hidupnya kini. Ditatap pula kedua belah tangannya yang sudah kasar kini. Titisan air mata tiba-tiba tumpah. Dia sedar, ini bukanlah satu kehidupan yang diingininya. Dia mahu pergi dari sini.
a. Dia mesti keluar dari kawasan ini.
Setelah bekerja di sebuah kantin sekolah, Shanti telah dipertemukan dengan Raimi. Tanpa disedari dia telah jatuh cinta dengan Raimi dan mula mengabaikan suaminya, Harianto.
Apakah yang berlaku seterusnya? Saksikan telemovie Hembusan Terakhir di TV2 pada malam ini, jam 10 malam.
0 ulasan:
Catat Ulasan