22 Oktober 2013

Posted by jinson on 22.10.13 No comments
Kanye-melamar-Kim/
Apakah hadiah hari jadi terbaik pintaan setiap anak gadis? Semestinya dilamar dalam suasana penuh romantik oleh jejaka kesayangan mereka.
Ternyatalah hari jadi ke 33 Kim Kardashian merupakan hari yang pasti dikenang sampai bila-bila kerana buah hati, Kanye West memilih untuk melamar beliau di stadium baseball di San Francisco, di hadapan kaum keluarga dan sahabat mereka! 
Asalnya penyanyi rap berusia 36 tahun itu agak sibuk dan belum tentu dapat meluangkan masa bersama teman wanita beliau. Jadi tindakan Kanye itu dianggap suatu kejutan yang sangat romantik. Ini merupakan perkahwinan pertama bagi Kanye West dan yang ketiga bagi Kim Kardashian.
Biarpun baru menyambut kelahiran anak pertama mereka bulan Jun, mereka berdua sudah bercadang untuk menambah bilangan anak. Apa-apapun, kami ucapkan tahniah kepada pasangan romantis ini. Semoga perkahwinan ketiga Kim ini bertahan sepanjang hayat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog