Walaupun dikirakan sudah terlambat, namun Admin nak ambil juga kesempatan ini untuk ucapkan tahniah buat pelakon dan pelawak, Kenchana Dewi kerana sudah pun melangsungkan perkahwinan dengan jejaka bernama Saravanadevan Girupa yang sudah dikenalinya sejak lebih 3 tahun pada Mac lalu.
Ia juga merupakan perkahwinan kali kedua buat Kenchana Dewi dan khabarnya, majlis resepsinya yang diadakan di Seremban pada Jun lalu sangat meriah serta dihadiri ramai teman selebriti serta rakan wartawan hiburan. Sepertimana insan-insan yang lain, sudah tentunya Kenchana Dewi juga turut mengharapkan agar perkahwinannya kali ini akan berkekalan dan kekal sehingga ke akhir hayat.
Admin pun doakan yang sama juga ya Kenchana. Yang menariknya, sebaik saja melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka, Kenchana dan suami tercinta telah sempat meluangkan waktu untuk berbulan madu selama 8 hari di Kashmir. Antara tempat yang dilawati Kenchana Dewi adalah Sonamarg yang sememangnya menjadi tumpuan kebanyakan pelancong yang mahu bermain ski atau pun bermain salji. Khabarnya 8 hari memang tidak cukup buat Kenchana Dewi untuk menikmati bulan madunya di sana kerana baginya Kashmir adalah sebuah tempat yang sangat cantik dan mempunyai banyak tempat-tempat lain yang perlu dilawatinya.
Malah, dia menyifatkan kecantikan Kashmir sebagai suatu yang luar biasa dan tidak mampu dijelaskan dengan kata-kata. Dalam erti kata lain, setiap orang kena pergi ke sana dan lihat sendiri keindahan Kashmir. Kalau ikutkan hati memang dia mahu lanjutkan lagi tempoh percutian bulan madunya itu tetapi dalam waktu yang sama dia tak dapat berbuat demikian kerana terikat dengan komitmen kerja di tanah air
Hai, nak buat macam manakan Kenchana? Tapi, sekurang-kurangnya dapat juga dia meluangkan waktu yang penuh berkualiti bersama suami tercinta.
0 ulasan:
Catat Ulasan