22 Oktober 2013

Posted by jinson on 22.10.13 No comments
fouziah gous  zhafran bulan madu menaiki cruise ke krabi
Wah, sejak mendirikan rumah tanggal pada 21 September lalu, Admin lihat pelakon, Fouziah Gous dan suaminya, ZhafranYusof sering berkongsi foto-foto manis dan romantik di dalam laman sosial masing-masing. Malah, Admin lihat mereka sangat bahagia bersama seperti dunia ini mereka yang punya.
Lebih bahagia lagi apabila Admin lihat foto-foto yang dikongsi Fouziah yang kini sedang berbulan madu di Krabi, Thailand. Menariknya, mereka ke Krabi dengan menaiki kapal cruise. Amboi seronok betul Fouziah dan pasangannya menikmati percutian di atas kapal cruise dan pulau Krabi.
Malah, pasangan ini sempat berkongsi gambar-gambar serta video mesra dan romantik mereka di sana. Bila mereka bergambar atas kapal cruise tu Admin lihat dah seperti dalam filem Titanic pula. Selain, gambar-gamabr di atas Cruise, mereka juga sempat merakamkan gambar di tepi pulau Krabi yang tenang dan sangat cantik dengan laut yang biru. 
Bukan sahaja Krabi, tak silap Admin mereka selepas ini akan ke Phuket, Thailad juga. Syok pula bila lihat orang bercuti tapi Admin hanya boleh lihat sahajalah foto-foto yang dikongsi Fouziah sambil berangan sedang berada di sana. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog