22 Oktober 2013

Posted by jinson on 22.10.13 No comments
.
Sejak menamatkan latihan khidmat negara, penyanyi Rain (Jung Ji Hoon) menerima banyak tawaran dari produser drama TV juga filem. Malah ada khabar mengatakan Rain akan terlibat dalam filem blockbuster dengan beberapa lagi aktres Korea. 
Tak cukup dengan itu, beberapa drama drama yang bakal menjalani penggambaran pada tahun hadapan juga tersenarai nama Rain sebagai aktor utama mereka. Bagaimanapun Rain nampaknya belum memutuskan untuk kemunculan semulanya (comeback) nanti, samada dia ke dunia Hallyu melalui bidang apa.
Berbeza dengan pelakon lelaki lain yang sudah selesai menjalani latihan khidmat negara lain kebiasaannya akan mereka kembali memilih untuk fokus pada dunia lakonan drama atau filem. Hero drama Full House ini memang belum memutuskan untuk membuat kemunculan semula sebagai penyanyi atau aktor. Kerana baru-baru ini Rain terlibat dalam satu dakwaan yang berkaitan dengan isu selebriti yang menjalani latihan khidmat negara. 
akwaan tersebut membuatkan Rain memilih cara comeback dengan berhati-hati. Pada 12 Oktober lalu, Rain mengadakan sesi pertemuan dengan peminat di Universiti Kyunghee, Seoul. Ramai fans yang adir termasuklah dari negara China, Jepun, Peru, dan Brazil, seperti yang dilaporkan soompi.com.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog