Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan selebriti kesayangan Hollywood, Kanye West dan Kim Kardashian atas pertunangan mereka.
Kim pasti bukan sekadar harapkan perkahwinan kali ini tidak berakhir dengan air mata dan naik turun mahkamah, malah pasti terasa lebih gembira.
Tengok sahaja cincin tunang beliau!
Kanye telah melamar Kim dengan cincin jenama Lorraine Schwartz 15 carat yang anggun sekali. Nampaknya Lorraine Schwartz merupakan jenama cincin kesukaan Kim, kerana ini jenama sama yang digunakan ketika bersama bekas suami Kris Humphries.
Malangnya, bukan sekadar perkahwinan tersebut tidak kekal, malah cincin tersebut jual balik pun rugi.
Selain cincin Kim dan Kanye, ramai juga pasangan bahagia Hollywood yang memilih cincin Lorraine Schwartz. Teman baik Kanye iaitu Jay Z melamar isteri beliau, Beyonce dengan cincin Lorraine Schwartz 18 carat bernilai lebih kurang USD5 juta.
eragawati Heidi Klum dilamar bekas suami, Seal dengan cincin Lorraine Schwartz berlian kuning 10 carat.
0 ulasan:
Catat Ulasan