Kehebatan Infinite ketika mereka tampil dalam konsert jelajah dunia ‘One Great Step’ di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada Sabtu memang tidak dapat dinafikan lagi.
Kemampuan kumpulan yang dianggotai oleh Sungkyu, Sungyeol, Woohyun, Hoya, L, Dongwoo dan Sungjong bernyanyi secara ‘live’ telah terbukti dan peminat seakan-akan histeria apabila mereka memulakan persembahan menerusi lagu popular mereka berjudul ‘Destiny’.
Kesungguhan mereka untuk bertutur dalam bahasa melayu berjaya menawan hati Inspirit Malaysia. Keletah mereka yang lucu dan bersahaja membuat peminat tidak kering gusi antaranya apabila Sungyeol mengucapkan sebaris ayat yang berbunyi ,“ Saya Sungyeol, lelaki seksi” telah mendapat sorakan peminat.
Selain itu, Infinite juga telah membuat kejutan kepada Inspirit Malaysia apabila mereka menyanyikan lagu rakyat popular berjudul ‘Rasa Sayang ‘ pada malam tersebut.
Infinite juga telah mempersembahkan lagu-lagu popular mereka termasuklah ‘Paradise’, ‘Be Mine’, ‘Before The Down’, ‘The Chaser ‘ dan ‘Nothing’s Over’. Selain itu, mereka bertujuh juga turut menyampaikan lagu solo masing-masing dengan begitu bertenaga.
Sebaik sahaja persembahan penutup pada malam itu, Infinite memberikan ucapan tanda penghargaan dan Woohyun juga sedih sehingga menitiskan air mata gembira kerana berpeluang mengadakan konsert di Malaysia.
Malah mereka begitu kagum dan tidak menyangka akan sambutan yang begitu hebat di Malaysia.
“Banyak hadiah dan pengalaman kami dapat disini, sokongan anda semua sangat berharga buat kami dan kalau boleh kami ingin kembali lagi ke Malaysia. Kami janji akan berusaha lebih keras lagi untuk anda semua. Isnpirit Malaysia adalah yang terbaik.” ujar mereka sebelum persembahan tamat.
0 ulasan:
Catat Ulasan