KL, 2 OKT 2013: Apa sudah jadi? Itulah soalan yang pertama terpacul di mulut Admin selepas mendapat tahu mengenai perkembangan terbaru mengenai pelakon serba boleh, Wai Maimunah.
Dengarnya, hidup pelakon ini sudah semakin susah dan khidmatnya kini dikhabarkan tidak lagi diperlukan oleh mana-mana pihak produksi tempatan. Malah, Admin dapat tahu, Wan Maimunah yang lebih mesra disapa ibu itu juga sudah pun tidak ingat drama terakhir yang dilakonkannya. Dalam erti kata lain, dia sudah lama tidak berlakon.
Menurut sumber, ibu sudah tidak lagi menerima sebarang tawaran walaupun masih lagi sihat dan boleh berlakon sama seperti dulu. Malah, Admin diberitahu lagi, ibu kini hanya meniaga di hadapan rumahnya saja demi mencari nafkah sesuap nasi. Lebih menyedihkan, niat ibu untuk berniaga di pasar malam juga tidak kesampaian disebabkan dia tidak mempunyai wang untuk dijadikan modal.
Yang penting, dari kisah ini, Admin rasa pihak SENIMAN perlu membantu menyelesaikan ceritera sedih yang melanda Wan Maimunah. Setahu Admin, masih ramai lagi anak seni tempatan perlu bantuan dan mengalami masalah lebih teruk lagi tanpa disedari orang lain. Mungkin perkara sebegini tidak akan jadi kalau sistem hiburan tempatan sistematik dan berlaku adil.
0 ulasan:
Catat Ulasan