2 Oktober 2013

Posted by jinson on 2.10.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Aktres Adrea Abdullah, 36, mengakui kembali menjalin hubungan percintaan dengan bekas kekasihnya sejak beberapa bulan lalu. Menurut pelakon Elly & Epit ini, kekasihnya itu seorang ahli perniagaan. "Ya, saya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang.
 Dia bukan orang dalam industri. Dia seorang ahli perniagaan. Sebenarnya kami pernah bercinta tapi kami berpisah sebab dia terlalu sibuk. Walaupun bukan lagi pasangan kekasih, tapi kami masih berkawan. "Sekarang saya dan dia memahami antara satu sama lain.
 Dan dia tak pernah cuba ambil kesempatan terhadap saya. Saya cuma mengharapkan yang terbaik. Alhamdulillah, anak saya pun suka dengan dia", katanya kepada Admin.

Kredit foto Faisol Mustafa.
Adrea mendedahkan perkara tersebut ketika ditemui di sesi fotografi filem Hantu Tok Mudim bertempat di KRU Studios. Dia bagaimanapun tidak mahu berkongsi lanjut mengenai identiti teman lelakinya itu.
 Dia sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki berusia 8 tahun. Namun Adrea telah bercerai sejak dua tahun lalu.

 Manja Dengan Izzue Islam
Kredit foto Faisol Mustafa.
Sementara mengenai filem Hantu Tok Mudim, Adrea memengang watak sebagai Salmah aka Wewe, seorang anak dara sunti yang sangat menyayangi teman lelakinya iaitu Borhan aka Wuwu, lakonan Izzue Islam. "Sebelum ni saya banyak melakonkan watak antagonis dan wanita dalam dilema. Tapi kali ni saya bawakan watak seorang gadis.
 Dia ni sangat manja dan menyayangi teman lelaki dia. "Pada saya tak susah sangat nak jayakan watak ni. Cuma Izzue mula-mula tu malu-malu dengan saya sebab kami ada babak manja-manja. Tapi lama-lama kami okay. Bila saya feel watak saya di samping Izzue, saya terasa macam muda pula (gelak)", katanya yang menjalani penggambaran filem terbitan Showbiz itu tersebut pada November tahun lalu.
 Hantu Tok Mudim arahan Waan Hafiz mengisahkan Tok Mudim seorang jurukhatan terhebat di Kampung Seri Menawan. Kehebatannya tercalar dek kerana penangan cinta tiga segi pembantunya, Lebai Kulup, Salmah, dara pujaan kampung dan juga Borhan, anak manja Tok Penghulu Abohrudin yang mempunyai rahsia peribadi. Berlaku satu peristiwa yang akhirnya membawa kepada tragedi ngeri, Tok Mudim jatuh dan mati di dalam perigi.
 Lalu Kampung Seri Menawan kecoh apabila Hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung tersebut. Selain Adrea dan Izzue Islam, Hantu Tok Mudim juga dijayakan oleh Soffi Jikan, Harun Salim Bachik, A.R Badul dan Norhayati Talib. Filem ini bakal ditayangkan pada 21 November 2013.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog