2 Oktober 2013

Posted by jinson on 2.10.13 No comments
National Cyclist Killed After Being Hit By Escort Van
DUNGUN: Seorang pelumba basikal Terengganu maut dalam nahas jalan raya di Km 71, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pagi ini. Yang Dipertua Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu (PLBNT) Datuk Saidi Ismail berkata mangsa dikenali sebagai Mohamad Asmu'i Ali @ Awang, 20, berasal dari Kampung Dusun Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
 "Mayat mangsa kini berada di Hospital Dungun dan akan dibawa balik ke Kuala Ibai setelah semua urusan selesai nanti," katanya kepada Bernama. Beliau berkata kejadian berlaku semasa Mohamad Asmu'i hendak mengambil air dari van pengiring dan beliau dikatakan terjatuh dan terlanggar dengan van berkenaan. Mangsa bersama pelumba yang lain sedang dalam misi kayuhan untuk menyertai kejohanan kreterium di Sepang Ahad ini.
 Sehubungan kemalangan itu, Saidi berkata misi kayuhan ke Sepang itu telah dibatalkan. Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi akaun twitternya megucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Asmu'i Ali. "Al Fatihah dan takziah kepada keluarga pelumba basikal Terengganu Mohd Asmu'i Ali Awang, 19, yang maut ketika menjalani latihan di sepanjang Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pada 11.30 pagi," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog