2 Oktober 2013

Posted by jinson on 2.10.13 No comments
Butik Pertama Terranova Di Malaysia Memang Stailista
Peminat fesyen tempatan, pastinya sering dahagakan sesuatu yang baru dalam soal berpenampilan dan memilih persalinan atau aksesori sesuai untuk kemunculan mereka pada siang mahupun di malam hari. Sesuai dengan permintaan yang tinggi, sebuah lagi gedung pakaian, Terranova telah dibuka baru-baru ini yang menawarkan lebih 1,000 gaya dan fesyen dengan tawaran harga paling berpatutan iaitu dari RM19 hingga 299.
 Berlokasi di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Terranova yang berasal dari Itali bukan sahaja dikhususkan untuk golongan dewasa, malahan juga remaja dan juga kanak-kanak yang mahu sentiasa tampil bergaya dan Stailista. Majlis pelancaran pembukaan Terranova telah disempurnakan oleh Pengerusi Jerasia Capital Berhad, Dato' Nik Mohamed Din yang turut disaksikan ratusan peminat serta pembeli bertuah yang mula beratur seawal jam 1.30 petang pada hujung Ogos lalu.
 Menyerikan majlis pembukaan berkenaan, beberapa selebriti popular seperti Deborah Henry, Daphne Iking, Bernie Chan, Chelsia Ng, Jeremy Teo, Venessa Chong dan Peter Davis telah hadir dengan siap berpakaian kasual daripada jenama berkenaan. Seramai 150 pembeli bertuah yang hadir pada majlis berkenaan telah diberikan beg tote eksklusif, kemeja-T dan potongan harga 20 peratus bagi setiap pembelian pada hari berkenaan.
 Terranova menyediakan pelbagai pilihan pakaian pelbagai gaya seperti gaun pendek, celana, skirt, jaket, perhiasan dan banyak lagi yang hadir dalam pelbagai warna serta reka bentuk mengikut citarasa masa kini. Terletak di tingkat bawah pusat beli-belah Sunway Pyramid, Gedung pakaian yang berkeluasan 6,000 kaki persegi memberi kelebihan kepada orang ramai untuk membuat pilihan dengan penuh selesa tanpa ada sebarang gangguan.
 Terranova merupakan jenama pakaian harian dari Itali yang mula diperkenalkan pada 1988 dan telah mendominasi pasaran dunia di 34 negara menerusi 571 cawangannya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog