2 Oktober 2013

Posted by jinson on 2.10.13 No comments
Farid Kamil Terhentak Kepala Nora Danish Di Lokasi?
Kebelakangan ini, nama Farid Kamil dan Nora Danish sememangnya dilihat banyak mendominasi ruangan media sama ada media cetak atau digital.
 Jika kisah Farid Kamil rata-ratanya berkisar tentang isu anak, isteri dan hubungannya dengan mertua, nama Nora Danish pula menarik perhatian dengan kisah hubungan rapatnya dengan anak seorang menteri, Nadeem Nazri. Sama ada Farid Kamil atau Nora Danish sendiri, populariti kedua-dua mereka ini memang tidak boleh dinafikan justeru ramailah produksi yang inginkan kelibat mereka berdua dalam apa jua bentuk drama atau filem dan lebih menarik lagi, kedua-duanya telah digandingkan dalam sebuah filem berjudul Bencinta.
 Bagaimanapun, keadaan menjadi kecoh seketika apabila Farid Kamil secara tidak sengaja telah terhentak kepala Nora Danish dipermukaan meja sewaktu menjalani penggambaran filem ini. Kesan hentakan Farid Kamil itu telah menyebabkan dahi aktres jelita itu benjol untuk beberapa hari dan nampaknya Farid Kamil memang betul-betul menjiwai lakonannya sampai tidak sengaja menghentak kepala Nora.
 Cerita penuh tentang kejadian hentakan ini dapat diketahui dalam program MeleTOP malam ini apabila kedua-duanya hadir untuk mempromosikan filem Bencinta. Kedua-dua mereka juga telah bersedia untuk menjawab soalan panas tentang pelbagai isu sama ada kisah keluarga atau hubungan cinta.
 Apa pula soalan nakal yang akan ditanya oleh hos MeleTOP, Nabil Ahmad pada malam ini? Juga jika minggu lalu Nabil telah dipasangkan dengan Lisa Surihani yang menggantikan Neelofa sebagai hos, adakah minggu ini Neelofa akan kembali atau Lisa sekali lagi menjadi pasangan Nabil. Mungkin juga Nabil akan menerima pasangan hos baru? Ketahui jawapannya dalam MeleTOP.
 Nantikan juga kemunculan hos AF2013, Zizan Razak yang baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul 'Infiniti Cinta'duet bersama Kaka. Kedua-dua mereka akan bercerita tentang harapan kepada single terbaru ini setelah kejayaan lagu Bawaku Pergi tidak lama dahulu
. Jangan lupa untuk menonton siaran langsung MeleTOP yang bakal ke udara malam ini, Selasa, 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Maya HD (saluran 135).

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog