Dalam satu usaha membantu mangsa kelaparan, penyanyi popular Anuar Zain mengambil inisiatif bersama-sama pasukannya dengan membuka gerai jualannya sendiri untuk membantu mereka yang memerlukan. Gerai jualan berkenaan akan di buka sempena penganjuran World Hunger Relief 2013 di Dataran Purtajaya, Presint 3, Putrajaya pada 5 Oktober ini seawall jam 1 tengah hari.
Portal Admin dimaklumkan, Anuar Zain akan menjual cenderahati eksklusif termasuk album terkininya, di mana sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan kepada pihak penganjur program amal berkenaan untuk tujuan amal. Malah dimaklumkan juga bahawa Anuar zain sendiri yang bermurah hati untuk membuka gerai jualannya sendiri dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan sempena acara berkenaan.
Bukan sekadar membuka gerai jualannya sendiri, malahan penyanyi Lelaki Ini itu turut membuat persembahan dengan lagu-lagu popularnya di majlis yang dianjurkan jenama makanan segera terkenal, KFC dan Pizza Hut. Tidak sendirian, Anuar Zain turut berkongsi pentas dengan beberapa penyanyi popular tanah air seperti Hafiz Suip, Najwa Latif, Black Mentor dan Sleeq yang akan turut memeriahkan acara bagi mengutip dana untuk mengurangkan kesengsaraan mangsa kelaparan.
Malah lebih istimewa lagi apabila dijangka lebih 10,000 orang tetamu yang hadir akan menyertai acara jalan kaki amal yang turut diadakan pada hari berkenaan. Antara selebriti popular yang akan menyerikan acara jalan kaki amal itu ialah Atilia, Nabila Huda, Dynas Mokhtar, Aishah Sinclair, Daphne Iking, Vanida Imran dan suaminya Rashidi Ishak.
Orang ramai dijemput hadir ke acara tahunan berkenaan seawal jam 1 tengah hari hingga lewat petang bagi meriahkan acara dan sama-sama beramal. Ayuh sama-sama kita menderma dan beramal.
0 ulasan:
Catat Ulasan