Seluruh negara digegarkan dengan cerita pasal seorang ahli sukan bertaraf selebriti iaitu pemain bola pasukan kebangsaan yang juga pemain untuk pasukan Johor Darul Takzim iaitu Mohd Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo pada minggu lalu.
Dek kerana populariti si suami, isteri kepada Mat Yo telah dikecam hebat ketika tersebarnya video yang memperlihatkannya bertikam lihat dengan seorang pengawal keselamatan di lapangan terbang Subang Skypark sebelum mengasari individu tersebut. Video tersebut mendapat liputan meluas sehingga wujudnya Facebook yang membenci Mat Yo serta menyifatkan isterinya sebagai seorang yang kurang ajar. Malah, cerita pasal Mat Yo dan isterinya itu juga turut mendapat bilangan pembaca tertinggi di carta KesSahNya Murai.
Selain daripada cerita Mat Yo, satu lagi cerita yang bersaing menjadi juara untuk carta KesSahNya pada minggu ini adalah mengenai satu lagi perkahwinan di antara selebriti yang menjadi bualan iaitu penyatuan di antara Adam AF dan Fiza Elite. Pasangan ini yang mengumumkan perkahwinan mereka dalam tempoh masa singkat telah mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat kerana sebelum ini tidak pernah kedengaran pun kisah percintaan di antara mereka berdua..
Admin turut menghantar wakilnya ke lokasi mereka bernikah pada Khamis lalu dan artikel daripada Admin turut menjadi antara artikel yang terawal yang disiarkan. Adakah cerita pasal Mat Yo atau isterinya yang biadap itu berjaya mengenepikan cerita pasal perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite? Di dalam segmen Seleb VS Gengmurai juga turut memperlihatkan komen yang banyak dalam artikel yang mengaitkan isteri Mat Yo itu.
Panas sekali kisah isteri Mat Yo kan, tetapi siapa yang menjadi juara carta KesSahNya? Adakah cerita Mat Yo atau Adam AF dan Fiza? Jom kita tengok siapakah juara carta KesSahNya dan apa kata pembaca M Debot dalam Seleb VS Gengmurai!
0 ulasan:
Catat Ulasan