KUALA LUMPUR, 2 OKT 2013: Pelakon, Izzue Islam, 24 mendedahkan sebenarnya dia segan untuk melakonkan babak pasangan kekasih atau suami isteri bersama pelakon wanita jika dikehendaki untuk berbuat demikian.
Namun, Izzue Islam bekata perasaan segan itu hanya akan dilaluinya ketika pertama kali mahu mengenali pelakon wanita yang digandingkannya, malah tiada masalah untuk wujudkan chemistry dalam lakonan selepas itu. "Saya sebenarnya memang segan untuk berlakon watak sebagai pasangan kekasih atau suami isteri dengan pelakon wanita , lebih-lebih lagi pelakon yang baru saya kenal.
"Namun, saya tidak ada masalah untuk mewujudkan chemistry dengan pelakon wanita selepas itu. Ini kerana perasaan malu itu hanya di permulaan sahaja dan kemudiannya saya akan cuba wujudkan keserasian itu sebelum memulakan penggambaran," katanya kepada Debot selepas sesi fotografi Filem Hantu Tok Mudim di KRU Studios, semalam.
Izzue Islam memberitahu perasaan segan itu timbul ketika dia mula-mula dikehendaki untuk menjadi pasangan kekasih kepada pelakon, Adrea Abdullah dalam filem tersebut. "Mula-mula tu segan juga dengan Adrea kerana kami tidak pernah kenal dan berjumpa sebelum ini, tapi setelah lama berkenalan dan berbual dengannya, Adrea ternyata seorang yang pandai berkomunikasi dan selesa untuk dibuat kawan," jelasnya lagi.
Berkongsi pula mengenai pengalaman dalam filem Hantu Tok Mudim, Izzue berkata dia berdepan dengan beberapa cabaran untuk menjayakan babak ketika sebelum berkhatan. "Saya jadi Borhan, anak Tok Penghulu. Borhan ini kononnya gangsterlah tapi sebenarnya manja dengan ayah dan ibunya. Disebabka terlalu manja, ayah dan ibu lupa nak sunatkan dia. Sehinggalah pada saat dia nak kahwin dengan kekasihnya Salmah, baru dia sedar yang dia belum sunat.
Selanjutnya, kena tengok dululah cerita ni. "Paling mencabar apabila filem ni memaparkan cara tradisi Melayu, orang kampung bersunat. Jadi ada satu babak tu saya kena berendam dalam ais sebelum nak bersunat. Mengigil dibuatnya, apatah lagi bila babak tu dijalankan sekitar jam 3 pagi", kongsinya.
0 ulasan:
Catat Ulasan