Pelakon Zain Saidin terkejut mendengar khabar angin kononnya dia telah bertunang secara senyap dengan aktres, Rozita Che Wan pada Rabu lalu.
Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, bagaimanapun menafikan berita tersebut dan menganggap gosip berkenaan adalah mengarut. "Semalam (Rabu) saya duduk rumah sahaja, mana ada kami buat majlis bertunang. Entah mana datang cerita mengarut ini?
"Kami masing-masing sibuk dengan kerja lagi dan belum berkesempatan untuk mengikat tali pertunangan, Dalam pada itu, Zain berharap, tiada lagi pihak yang cuba mereka-reka cerita yang tidak benar berkaitan perhubungannya dengan Rozita kerana ia boleh disalah tafsir oleh segelintir pihak.
Zain dan Rozita dikatakan bercadang untuk bernikah pada Disember depan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dekat sini. Rozita yang pernah berkahwin sebelum ini mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezra, yang berusia 15 tahun.
0 ulasan:
Catat Ulasan