27 September 2013

Posted by jinson on 27.9.13 No comments
Adik-tiri-“kembar”-Lindsay-Lohan/
Memang sesuatu perkara normal untuk mencontohi idola, namun kali ini agak keterlaluan jika sanggup berbelanja lumayan untuk membedah wajah agar seiras macam kembar!
 Itulah yang dilakukan adik tiri Lindsay Lohan, iaitu Ashley Horn yang belanjakan USD25,000 untuk kelihatan persis kakak tirinya itu. Ashley, yang merupakan anak hasil kecurangan bapa Lindsay, Michael Lohan dengan Kristi Horn, telah melakukan sebanyak 5 pembedahan, termasuk pembedahan hidung, dan pembedahan pipi untuk dapatkan wajah Lindsay.
 Ashley berkongsi bahawa dia ingin kelihatan seperti Lindsay sewaktu Lindsay berusia 18 tahun, atau dalam erti kata lain ketika Lindsay mula terkenal, konon dengan niat untuk menjadi pelakon yang lebih hangat berbanding Lindsay Lohan.
 Bagi saya, lebih elok cantik semula jadi berbanding pembedahan plastik. Dah tua nanti, muka pasti mula nampak pelik jika terlalu banyak pembedahan dilakukan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog