Kebelakangan ini, Murai Batu bukan sahaja perlu alert dengan kisah dunia hiburan sahaja. Ada kalanya -kadang ada juga tersangkut di portal dan blog politik yang panas dan pelbagai cerita pembongkaran itu dan ini.
Sebelum Murai Batu merapu lebih jauh, tadi ada Murai Batu terbaca kisah seorang anak VVIP yang kini dikatakan intim dengan seorang aktres cantik berstatus janda. Melihat kepada hubungan cinta mereka berdua yang sedang hangat diperkatakan, nampaknya aktres berkenan sering dikejar pihak media.
Apatah lagi mereka tidak pernah berselindung menerusi foto-foto mesra yang telah dimuatnaik di laman sosial. Bagaimanapun Murai Batu dapat tahu, mereka takut untuk mengumumkan status hubungan mereka berdua kerana takut jodoh tak ada. Amboi, kalau sudah mesra macam tu, takkanlah hanya kawan sahaja? Entahlah, apa yang penting si anak VVIP tersebut baru sahaja dikaitkan dengan sebuah kes pembelian asset mewah bernilai RM 7 juta
. Sebuah rumah telah dibeli oleh jejaka itu di atas namanya sendiri dan ianya telah dibongkar oleh Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM). Alamak, macam tengah buat persiapan sebelum melangsungkan perkahwinan sahaja. Tetapi apa yang lebih penting, kereta Ferrari mewah itu juga khabarnya telah diberikan kepada aktres berkenaan atas alasan mereka berdua berkawan baik.
Kawan baik yang terbaik sangat. Kalau macam itu Murai Batu nak cari seorang kawan baik, mana tahu dapat kasut Christian Louboutin pun jadilah. Kalau betullah cerita yang sampai ke telinga Murai Batu ini, nampaknya memang bertuahlah badan.
Bukannya apa, aktres berkenaan pun sudah lama hidup sendirian. Jadi kalau ada jejaka yang sudi menjaga dia dan keluarganya, jadi senanglah hidup nampaknya. Tetapi setahu Murai Batu, rumah yang dibeli itu memang sedang hangat diperkatakan sampai ke Parlimen. Malah VVIP itu pun khabarnya telah menjawab pertanyaan mengenai pembelian rumah mewah oleh anaknya yang masih muda itu.
Kalau hati sudah sayang. Laut api sanggup direnangi, apalah sangat banglo dan Ferrari itu kan? Tetapi sebab ada yang tak suka lah sebab itu cerita ini sampai ke telinga Murai Batu. Apa-apa pun Murai Batu hanya sekadar berkongsi cerita sahaja.
0 ulasan:
Catat Ulasan