27 September 2013

Posted by jinson on 27.9.13 No comments
Mengapa-kita-perlu-kesian-pada-wanita-mengamuk/
Tidak adil menghukum orang kerana tindakan mereka yang dilakukan ketika di luar kawalan. Seeloknya kita fikirkan perkara positif tentang orang.
 Sebelum anda terasa hati atau maki-hamun si gadis yang melepaskan rasa marah, mari lihat sebab-sebab yang mungkin menyebabkan beliau bertindak luar batasan.

 PMS
 Ketika datang bulan, perempuan cenderung untuk reaksi mengikut perasaan. Kalau tengah senggugut, lagi teruklah reaksi beliau. Ini mungkin alasan beliau mengamuk pada pakcik “guard” tak tentu pasal.

 Gila
 Lagi kesian kalau wanita tersebut alami masalah kesihatan mental. Kalau menangis tak tentu masa tidak mengapa lagi. Cuba kalau dia mengamuk pula, parah juga mangsa yang kena amarah beliau.
 Tetapi kita tidak boleh salahkan dia, bukan dia minta diberikan sakit mental.

 Putus cinta
 Ini pun boleh jadi punca wanita mengamuk. Kalau baru lepas putus cinta, mana tidak perasaan terganggu. Perkara kecil pun boleh menyakitkan beliau. Dan tidak mustahil jika beliau lepaskan rasa geram tersebut kepada orang ramai.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog