Pelakon Fida Ibrahim, 27, akhirnya membuka mulut dengan menempelak produksi drama Kampungku dan Aidiladha sebagai tidak profesional sehingga memaksanya meninggalkan diri dari lokasi.
Fida berkata, dia meninggalkan lokasi pada hari terakhir penggambaran selepas memikirkan banyak faktor dalam produksi termasuklah kecewa dengan lokasi, rombakan skrip dan keselamatan yang tidak terjamin. "Jujur saya katakan saya tinggalkan lokasi penggambaran pada hari terakhir selepas diminta berbuat demikian oleh pengurus saya kerana merasakan permintaan tambahan pihak produksi terhadap adegan terakhir telefilem itu tidak munasabah.
"Bayangkanlah dalam adegan terakhir telefilem itu, pelakon diminta masuk ke dalam hutan iaitu sebuah kawasan yang baru diteroka. Ketika sampai di situ, saya mula bimbang akan keselamatan diri seperti faktor dipatuk ular dan sebagainya. "Pemilihan lokasi dalam hutan untuk babak yang tidak sepatutnya itu menyebabkan saya nekad berbuat demikian kerana risau akan keselamatan diri saya," jelasnya
. Sebelum ini media melaporkan, penerbit drama berkenaan iaitu Hazmimi Johar kesal dengan sikap pelakon itu yang telah menimbulkan masalah termasuklah meninggalkan set penggambaran di Baling, Kedah pada Ahad lalu. Dalam perkembangan sama, Fida berkata adalah tidak adil bagi pelakon sepertinya dilayan dengan buruk dan tidak profesional sedangkan dia cuba memberi komitmen sepenuhnya untuk menjayakan telefilem itu.
Bukan saja Fida malah kebanyakan pelakon telefilem itu turut merungut mengenai pelbagai perubahan skrip dan lokasi pada saat-saat akhir namun tidak berani untuk bersuara. Ia termasuk soal bilik hotel yang tidak selesa diberikan kepadanya selain pindaan terhadap skrip yang berbeza daripada skrip asal.
0 ulasan:
Catat Ulasan