Beginilah gaya dan gelagat Ratu Universe Malaysia yang baru. Carey Ng apabila menggayakan gaun malam bertatahkan mutiara rekaan pereka fesyen tempatan berbakat besar, Alia Bastamam.
Gelagatnya semakin galak apabila turut menyarungkan perhiasan diri termasuk mahkota indah yang menjadikan penampilannya secara keseluruhan bernilai RM1.1 juta. Carey tampil di hadapan pihak media dan juga duta Rusia di Malaysia, Lyudmila G Vorobyeva sempena memperkenalkan pereka fesyen yang akan menyarungkan persalinan gaun malam untuk pertandingan Miss Universe 2013 di Moscow, Rusia tidak lama lagi.
Alia Bastamam ketika ditemui portal murai.com.my berkata, dia amat terharu apabila dipilih untuk menyiapkan gaun malam ratu berkenaan ke acara berprestij yang akan diadakan pada 9 November akan datang. Bagaimanapun katanya, gaun yang disarungkan oleh Carey itu bukanlah pakaian sebenar yang akan dipakai pada acara penuh glamor berkenaan. "Saya masih menyiapkan gaun malam sebenar yang akan dipakai Carey pada acara berkenaan.
Bagaimanapun semuanya masih menjadi tanda tanya kerana saya ingin menjadikannya sebagai sebuah kejutan,"katanya teruja. Tambah Alia Bastamam, persalinan serba putih yang diperbuat daripada kain cifon dan juga lace Elie Saab itu telah dihiasi dengan batu mutiara putih, menjadikannya cukup indah
. Namun jelasnya, ada lagi kejutan yang akan dilakukan untuk persalinan gaun malam ratu tempatan itu yang dijangka bakal membutkan banyak mata terpesona melihat kelibatnya apabila berada di pentas Miss Universe 2013.
0 ulasan:
Catat Ulasan