Kredibilitinya dalam dunia lakonan memang tidak boleh disangkal. Meskipun masih boleh dikatakan baru dalam dunia lakonan komersial namun nama Nad Zainal kini antara yang menjadi perhatian banyak produser dan pengarah tempatan.
Selain drama TV, pelakon drama bersiri Bukan Bidadari dan juga Kampung Girl ini dikenali sebenarnya tidak asing dengan dunia teater. Setelah setahun tidak terlibat dengan pementasan teater, terbaru Nad muncul menerusi Teater Maduku Kalut yang dipentaskan di Lambang Sari mulai 27 September hingga 30 September ini.
Nad memengang watak sebagai Mimi iaitu isteri kedua kepada Selamat (lakonan Izzue Islam).
Lakonan Nad Zainal dan Izzue Islam menerusi teater 'Maduku Kalut' yang dipentaskan di Istana Budaya.
Berkongsi serba sedikit pengalamanya menerajui teater arahan Muhammad Azhar Zainal itu, Nad akui berasa gementar dan agak kekok memandangkan dia sudah lama meninggalkan pentas teater. "Setahun lebih saya tak berlakon teater, sekarang ni saya rasa kekok
. Rasa macam saya alami kejutan budaya. Tapi mujurlah kali ni saya berkerjasama dengan orang-orang yang merupakan kawan-kawan saya sendiri. Jadi tak lah susah sangat", katanya yang ditemui sejurus usai sesi previu tersebut di Istana Budaya, malam tadi.
Teater tebitan Mask Team itu turut dijayakan oleh Izzue Islam, Jihan Musa, Karl Shafek, Sofian Bujang, Fazleena Hishamuddin dan Nasz Sally.
Pada masa sama, Nad memberitahu dia kini melepaskan dunia komersial buat sementara waktu untuk mengubat kerinduannya pada pentas teater. "Sekarang ni saya banyak tumpu pada teater pula. Saya nak asah balik bakat saya dalam teater. Saya lebih puas bila berteater", tuturnya. Sementara itu mengenai isu alih-alih dia dihimpit dengan dua kontroversi serentak, lantas imej bersih Nad sedia dikenali sebagai pelakon yang profesional sedikit tercalar. Ada sesetengah pihak mula mempertikai tahap profesional gadis kecil molek ini. "Saya ada prinsip. Bagi saya, kalau saya tak kata tak nak, saya tak nak. Sebenarnya saya tak mahu komen panjang hal ni. "Dari dulu saya tak mahu dikaitkan dengan apa-kontroversi, tapi terkena juga. Sekarang ni, dengan apa yang dah jadi baru-baru ini, saya harap ia dapat saya jadikan panduan. Dan saya dah nekad tak mahu kaitkan soal peribadi dengan kerjaya seni saya", katanya yang enggan mengulas mengenai hal tersebut. Baru -baru ini timbul isu Nad kononnya bersekedudukan dengan teman lelakinya. Kemudian dia pulak dikatakan lari dari set penggambaran sebuah drama gara-gara mendapat tahu seorang pelakon lelaki yang juga merupakan bekas teman lelakinya, Amar Asyraf turut berlakon dalam drama tersebut.
0 ulasan:
Catat Ulasan