27 September 2013

Posted by jinson on 27.9.13 No comments
www.nst.com.my
PUTRAJAYA – Kematian bayi lima bulan, Mohd Danish Rayqal di sebuah pusat jagaan di sini, Selasa lalu, adalah kerana tersedak susu.
 Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, ia disahkan selepas bedah siasat oleh pihak hospital, kelmarin.
 “Pada masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis masih menyiasat kes ini,” katanya. Selasa lalu, bayi berkenaan ditemui mati oleh pengasuhnya yang hendak memandikannya kira-kira jam 3 petang.
 Bapa bayi berkenaan, Ismail Ramli, 28, kemudian membuat laporan polis kerana meragui kematian anaknya yang sihat semasa dihantar ke pusat jagaan itu pada sebelah pagi hari kejadian.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog