KUALA LUMPUR, 3 OKTOBER 2013: Jenaka teman-teman selebriti yang mengatakan Nurul Depp,36 bakal melahirkan cahaya mata pada tanggal 3 Oktober iaitu hari ini, nampaknya benar-benar terjadi apabila selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.026 kilogram pada jam 10.28 pagi tadi.
Dia yang kini sedang dirawat di sebuah hospital di tengah-tengah ibu kota, telah bersalin secara normal selepas mengalami kontraksi sejak jam 10.30 malam semalam dan hanya sekitar jam 3 pagi bergegas ke hospital. Nurul Depp menerusi blog peribadinya, Nurulwahabdepp.wordpress.com berkata, dia langsung tidak berhadapan dengan sebarang kesukaran untuk melahirkan bayi sulung hasil perkahwinannya bersama jejaka dari Perancis, Eric Depp,48 itu.
"Syukur Alhamdulillah berkat doa semua, pengalaman kedua ini amat mudah bagi aku. syukur..syukur..," katanya ringkas. Meraikan hari bahagia berkenaan ialah kedua mertuanya yang telah terbang dari Perancis baru-baru ini untuk menyambut kemunculan cucu sulung mereka itu dan suami tercinta yang sentiasa berada di sisinya.
Masih belum bersedia untuk menghebahkan wajah bayinya itu kepada umum, Nurul Depp ketika ditemui portal Admin baru-baru ini berkata, semuanya akan ditentukan apabila bayinya sudah cukup sifat nanti. Nurul Depp dan Eric Depp telah diijab kabulkan pada 6 Jun 2012 dalam sebuah majlis indah di Dutches Place, Jalan Ampang dan ini merupakan anak keduanya selepas berkahwin buat kali kedua.
Ucapan tahniah dan kegembiraan daripada rakan-rakan terdekat Nurul Depp iaitu Ina Mohamad, Ning Baizura, Zahida Rafik, Yus Alighor dan Daphne Iking.
0 ulasan:
Catat Ulasan