3 Oktober 2013

Posted by jinson on 3.10.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Rancangan yang menggabungkan pelakon-pelakon dan komedian terkenal Liga Lawak Superstar menawarkan ganjaran sebanyak RM250,000 kepada bakal juaranya!
 Sepanjang 10 episod pertandingan Liga Lawak Superstar menyaksikan persaingan sengit di kalangan pelakon-pelakon dari drama terbaru TV3. Melibatkan 8 kumpulan berbeza yang akan bertarung sesama sendiri dalam permainan-permainan yang menguji kemahiran improvisasi melalui tugasan-tugasan yang diberi. Setiap kumpulan diberi seorang komedian untuk memberi panduan, tunjuk ajar serta strategi kepada ahli pasukan masing-masing untuk berjaya.
 Sementara para peserta Liga Lawak Superstar musim ini terdiri daripada kumpulan Asmara Luna (Riezman Khuzaimi dan Aidil Aziz), Aku (Idzham Ismail dan Mikael Andre), Aku Diandra ( Sheera Iskandar dan Qazeem Nor) Ayoub Lasak (Iqram Dinzly dan Mikael Andre) Apa Kasih Toq (Kamal Adli dan Fizz Fairuz), Derhaka Kampung Girl (Amyza Adnan dan Aman Nassim), Spy Kampung (Zalif Sidek dan Syafiq Kyle) dan OMG (Anas Ridzuan dan Akim Ahmad).
 Manakala, 8 komedian pula menampilkan Ropie, Sathiya, Bell Ngasri, Ilya, Hamdan, Farouk Hussain, Didi Alias dan Aziz M. Osman. Bertemakan konsep sarkas, 8 kumpulan ini akan di bahagikan kepada pasukan A dan pasukan B. Setiap minggu dua kumpulan dari setiap pasukan aka bersaing dengan menyempurnakan tugasan dan permainan bagi merebut 3 mata dengan memenangi persaingan pada minggu itu.
 Dua kumpulan yang berjaya mengumpul mata terbanyak dalam kumpulan masing-masing layakke peringkat separuh akhir dan seterusnya berentap untuk mendapatkan dua tempat ke peringkat akhir Liga Lawak Superstar. Persembahan setiap kumpulan akan diadili dengan gabungan sistem pemarkahan juri profesional seperti Ida Nerina, Vanidah Imran serta Adlin Aman Ramlie dan undian penonton.
 Peserta yang paling berjaya menyerah dan memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara Liga Lawak Superstar sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM250,000. Sementara naib juara akan membawa pulang RM75,000, manakala tempat ketiga RM50,000 dan tempat keempat RM25,000. Liga Lawak Superstar bakal disiarkan pada hari Ahad, 6 Oktober 2013, jam 9 malam di TV3.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog