KUALA LUMPUR, 3 OKTOBER 2013: Walaupun khabar angin mengenai pengislaman Mr Bean telah dinafikan namun Admin berharap ia akan menjadi kenyataan.
Bukan apa, bila ada individu terkenal seperti Mr Bean atau nama sebenarnya, Rowan Atkinson ini memeluk Islam, ia seperti menghebahkan kepada dunia tentang kesucian agama Allah ini hingga berjaya membuka pintu hati manusia memilih jalan yang benar.
Semuanya bermula bila ada khabar angin yang dilaporkan pada awalnya oleh sadabladi.comdan salah satu media Israel israellycool.com. Menurut kedua-duanya media itu, Mr Bean menerangkan bahawa penyebab utama beliau memilih Islam adalah selepas doa menonton filem Innocent of Muslim iaitu filem yang membuat fitnah dan menghina Nabi Muhammad.
Namun berita yang didakwa www.israellycool.com ini tidak sahih kerana tanpa bukti yang kukuh. Berita ini tersebar dengan meluas hingga mendapat perhatian seluruh umat Islam dan negara-negara Islam. Ejen terdekat Rowan Atkinson itu mengesahkan bahawa majikannya itu belum memeluk Islam setelah dihubungi portal berkenaan.
Ejen yang dikenali sebagai Lucy itu telah menghantar sepucuk email sebagai bukti ianya kenyataan sah daripada pihak Rowan Atkinson. Pada masa yang sama, Mr Bean sendiri masih belum mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah memeluk agama Islam. Sebelum ini khabar berterbangan dengan cerita pengislaman ini bermula dengan sebuah portal daripada negara seberang menulis tentang reaksi Mr Bean apabila ditanya mengenai status agamanya sekarang.
Difahamkan di dalam portal dari Indonesia itu, Mr Bean tidak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari sahaja sebagai isyarat dia bersyahadah, tambahan pula menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi pemimpin parti An Nahdah dari Tunisia adalah individu yang mengajar serta membimbing Mr Bean mengenal agama Islam.
Admin pun tidak boleh memastikan lagi status tetapi buat masa ini masih belum katanya. Tetapi kan, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Kala lah tiada keinginan Mr Bean nak peluk Islam, sudah pasti dia akan tampil dan menafikan perkara yang boleh dianggap sensitif kerana ia melibatkansoal pertukaran agama. Apa-apa pun Admin gembira dan bersyukur jika dia benar-benar memilih Islam sebagai panduan hidupnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan