3 Oktober 2013

Posted by jinson on 3.10.13 No comments
Konsert Shah Rukh Khan `Temptation Reloaded` Ditunda
KUALA LUMPUR, 3 OKT 2013: Konsert Datuk Shah Rukh Khan & Friends "Temptation Reloaded" Live In Malaysia 2013 yang sepatutnya dijadual berlangsung pada 11 Oktober ini terpaksa ditunda ke tarikh baru yang bakal diumumkan tidak lama lagi.
 Penundaan itu terpaksa dibuat berdasarkan faktor-faktor keselamatan berikutan kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke Malaysia sempena kehadiran jelajahnya di 4 negara Asia yang juga berdekatan dengan tarikh konsert tersebut. Kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ini juga bakal menimbulkan beberapa isu termasuk masalah logistik yang akan secara tidak langsung akan menjejaskan keseluuruhan operasi konsert tersebut.
 Ini termasuklah persediaan untuk menyambut kedatangan Shah Rukh Khan dan rakan-rakannya, entourage mereka dan juga kemudahan untuk pembeli tiket bergerak dari kediaman mereka ke lokasi konsert kerana ada kemungkinan beberapa jalan di sekitar Lembah Klang akan ditutup atas faktor-faktor keselamatan. situasi ini dilihat mampu menyulitkan banyak pihak.
 Pihak penganjur iaitu 2Spicy Entertainment Sdn Bhd & Hitman Solutions Sdn Bhd sangat kesal dengan penangguhan konsert Datuk Shah Rukh Khan & Friends "Temptation Reloaded" Live In Malaysia 2013 ini. Namun, mereka akan memastikan bahawa konsert ini tetap dilangsungkan pada tarikh yang baru yang mana ia berkemungkinan akan diadakan pada awal tahun 2014.
 Bagi mereka yang bercadang untuk memulangkan semula tiket, anda boleh melakukannya di semua premis Rock Corner atau melakukannya secara online menerusi: http://www.vip.my/refund/ from 12th October 2013. Wang tiket akan dikembalikan dalam tempoh 10 hari. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian : +60123114601 yang akan beroperasi dari jam 10 malam ke 5 petang atau emel: temptation@vip.my. Bagi sesiapa yang bercadang untuk terus menyimpan tiket yang sudah dibeli, anda berpeluang memperolehi pakej eksklusif yang akan diumumkan pada tarikh baru konsert nanti.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog