Baru-baru ini media melaporkan mengenai pelakon Hairi (Anak Wayang), 25, telah mengikat tali pertunangan dengan gadis dikenali sebagai Fara Afiza, 23. Gadis yang bertugas sebagai guru itu merupakan anak kepada Editor Majalah Kuntum, terbitan Star Publications (M) Berhad, Asma Saad. Kalau tidak ada aral, pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan sekitar Mac depan.
Bertemu pemilik nama sebenar Mohd Hairi Safwan Aznan ni sewaktu sidang media Liga Lawak Superstar semalam, juara program realiti Anak Wayang musim pertama ini berkata meskipun perkenalan dia dan tunangnya itu berlaku dalam tempoh yang singkat, namun dia yakin dengan pilihannya. "Ketika tu saya di Perlis menjayakan teater Nyonya Cantik. Saya kenal dia dalam doa. Sewaktu tu lepas solat saya berdoa, "Ya Allah, kalau kau pertemukan aku dengan wanita yang aku lihat bukan dengan nafsu, aku akan kahwin dengan wanita itu". Sewaktu saya keluar dari masjid saya lihat ada seorang gadis seksi di luar masjid. Tak lama kemudian saya terpandang si cikgu ni. "Selepas tu saya terus cari dia. Saya suruh dia add Facebook saya dan saya minta nombor telefon dia. Malam tu juga saya hubungi dia dan bertanya sama ada dia sudah punya teman lelaki atau tidak. Dia jawab belum. Masa tu juga saya cakap pada dia, mulai hari ini saya teman lelaki dia. Dia kata saya gelojoh. Padahal dia pun gelojoh juga (gelak). "Kemudian saya jumpa dia, saya berikan senaskah Al-Quran dan terus luahkan hasrat saya nak bertunang dengan dia. Saya bagi Al-Quran tu suruh dia baca dan habiskan sebelum hari nikah kami nanti," ujarnya.
Hairi berkata demikian ketika berkongsi detik pengenalannya bersama tunangnya itu, ketika ditemui media pada sidang media Liga Lawak Supertstar di Subang, semalam. Dalam program berkonsep permainan improvasi itu, Hairi bergabung bersama Izham Ismail dan Bell Ngasri yang mana mereka mewakili kumpulan Aku. Tambahnya, dia semakin tertarik dengan guru Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani itu kerana gadis tersebut pandai mengambil hati kedua ibu bapa Hairi. "Masa saya bawa dia jumpa ibu bapa saya, dia pandai ambil hati mereka. Dia rapat dengan ibu saya. Dan walaupun umurnya masih muda tapi pemikiran dia matang dan dia pandai kawal saya", katanya. Sementara itu mengenai majlis pernikahan, acara akad nikah akan diadakan di rumah keluarga perempuan di Bagan Lalang, Pulau Pinang. Bagaimanapun Hairi berkata majlis resepsi masih belum ditetapkan.
0 ulasan:
Catat Ulasan