Agak lama tidak menerima cerita panas mengenai pemain bola sepak kebangsaan. Yang paling baru pun, cerita mengenai pengesahan penceraian bintang bola sepak, Aidil Zafuan dengan dramatis terkenal, Rita Rudaini.
Semalam pula, Admin terkejut apabila mendapat tahu, isteri kepada penyerang kebangsaan dan Johor Darul Takzim (JDT), Norshahrul Idlan Talha atau Mat Yo yang bernama Siti Aisya Adam dikatakan mengamuk terhadap seorang lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Insiden berkenaan telah dirakamkan serta disebarkan di online. Selepas mendapat tahu perkara ini, Admin pun terus melihat video berkenaan. Walaupun video berkenaan hanya tersiar wajah pengawal keselamatan dan Mat Yo saja, namun Admin diberitahu suara itu adalah suara isteri Mat Yo yang pernah bertugas sebagai pramugari.
Apapun, Admin rasa kelakar menonton video berkenaan. Yelah, Admin rasa video berkenaan macam sudah dirancang situasinya walaupun ia hanya diambil dengan menggunakan telefon bimbit. Yang penting, Admin ingat ayat yang digunakan isteri Mat Yo iaitu Saya Tak Bodoh dan Jantan Dayus.
Apa sekalipun, anda tontonlah sendiri video berkenaan dan menilai situasi berkenaan.
Siapakah yang patut dipersalahkan? Tepuk dada tanya seleralah ye..
Debotnogori: Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
0 ulasan:
Catat Ulasan