25 September 2013

Posted by jinson on 25.9.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Pelakon Fizz Fairuz, 34 mengaku dia kini bercinta semula dengan pelakon Almy Nadia selepas hubungan mereka kembali rapat sejak beberapa bulan lalu. "Kami dah bercinta semula.
 Saya tak nak tunggu lama-lama. Kalau tiada aral melintang, InsyaAllah saya bercadang mahu menjadikan Almy sebagai isteri saya yang sah secepat mungkin. "Tapi sebelum tu saya perlu lah berjumpa dengan keluarganya dulu dan berbincang. Setakat ni tak ada apa-apa lagi. Tapi saya sebolehnya tak nak bertunang, nak terus nikah.
 InsyaAllah saya rancang nak kahwin tahun depan", ujar Fizz Fairuz kepada Debot ketika ditemui di booth camp Liga Lawak Superstar, di Hulu Langat, semalam. Pelakon drama dan filem fenomena, Nur Kasih ini berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh mana kesahihan dia dan Almy kembali menjalin hubungan cinta bekas teman wanitanya itu.
 Sebelum ini Fizz dan Almy adalah pasangan kekasih namun hubungan selama tujuh tahun mereka berakhir dengan perpisahan. Fizz kemudiannya bertunang dengan seorang gadis pada Februari tahun ini. Namun ikatan pertunangannya mencetuskan kontroversi apabila terbongkar rahsia bahwa tunangnya itu adalah isteri orang.
 Ditanya lebih lanjut mengenai percintaannya kali ini, Fizz berkata dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi dan tidak mahu memaksa Almy untuk menerima dirinya. Pun begitu dia mengakui Almy seorang wanita yang sempurna di matanya. "Lepas apa yang jadi, bukan dia saja yang percaya pada saya malah ramai orang masih percaya saya. Malah ada juga wanita lain cuba mendekati saya.
 Mungkin ini yang dikatakan jodoh. Sebelum ini pun kami dah kenal antara satu sama lain selama tujuh tahun. Dia dah tahu saya macam mana, saya dah tahu dia macam mana", "Tapi saya tak paksa dia kembali pada saya. Saya tak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Jodoh tu semua ketentuan Allah, Iyalah, siapa yang nak kan 'duda' macam saya ni. ", selorohnya.

Kredit foto Faisol Mustafa.
Selain itu Fizz juga memberitahu dia rapat dengan anak angkat Almy, iaitu Nur Afrina. Malah kanak-kanak berusia empat tahun itu memanggil Fizz dengan panggilan 'papa'. "Saya rapat dengan anak angkat dia. Dia panggil saya papa. Hari-hari Afrina hubungi saya.
 Tapi dengan Almy, memang kami jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Hanya kadang-kadang kami berbual di telefon", katanya yang kini sibuk dengan tanggungjawanb sebagai guru seni persembahan program realiti Akademi Fantasia (AF 2013).

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog