Kalau senarai model terkaya Forbes ini tidak berjaya yakinkan anda untuk menukar kerjaya menjadi seorang peragawati Victoria’s Secret, tidak tahulah apa lagi yang boleh meyakinkan anda.
Baru-baru ini Forbes telah mengeluarkan senarai peragawati dengan bayaran tertinggi di dunia dan Gisele Bundchen berjaya ditempatkan di kedudukan pertama dengan bayaran USD$42 juta. Beliau berjaya mengalahkan bekas peragawati utama Victoria’s Secret, Miranda Kerr, yang hanya berjaya diletakkan pada tempat kedua dengan bayaran USD$7.2 juta.
Gisele yang berusia 32 tahun itu baru menggantikan Beyonce sebagai wajah baru jenama H&M dan Chanel. Siapa yang fikir peragawati berusia lebih 30 tahun sudah tidak bernilai semestinya tersilap kali ini, tambahan lagi Gisele merupakan seorang ibu yang berjaya menjadi peragawati termahal buat tujuh kali berturut-turut. Peragawati lain yang disenaraikan Forbes merupakan Adriana Lima (USD$6 juta), Kate Moss (USD$5.7juta) dan Candice Swanepoel (USD$3.3juta). Seorang peragawati Asia, Liu Wen, juga berjaya disenaraikan dengan pendapatan USD$4.3 juta.
0 ulasan:
Catat Ulasan