25 September 2013

Posted by jinson on 25.9.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Selepas mendedahkan dirinya kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan, pelakon dan penerbit Haliza Misbun memberitahu kekasihnya itu pernah memutuskan hubungan mereka selama beberapa bulan selepas mengetahui statusnya sebagai seorang pelakon.
 Haliza, 40, berkata, tindakan lelaki tersebut berbuat demikian kerana bimbang percintaan mereka tidak dapat berjalan dengan baik kerana status selebriti yang dipegang oleh aktres itu. "Sebelum ini dia tidak mengetahui saya ini seorang pelakon dan saya pula tidak pernah memberitahunya.
Bagaimanapun dia mula hairan apabila setiap kali kami keluar akan ada orang yang menegur atau pun senyum kepada saya. "Sejak mengetahui status saya sebagai seorang selebriti dia mula menjauhkan diri dan memutuskan hubungan kami," katanya Tambah Haliza, mereka bagaimanapun kembali berbaik selepas lelaki berkenaan menyedari mereka tidak patut memutuskan hubungan hanya kerana statusnya.
 Baru-baru ini lelaki tersebut telah menghadiahkan sebuah kondominium bernilai RM2 juta bersempena hari jadinya yang ke 40 pada 14 Mei lalu. Dalam perkembangan sama, Haliza berkata, dia tidak pasti bila dia akan menamatkan zaman bujangnya namun berharap hubungan itu akan berakhir dengan perkahwinan. Jelas Haliza, dia bukan takut dengan perkahwinan tetapi cuba membiasakan diri dengan kehidupan berdua kerana telah terbiasa hidup bersendirian sebelum ini.
 "Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kehidupan selepas berkahwin kerana sudah terbiasa hibup sendiri tanpa mengharapkan sesiapa. "Bagaimanapun teman lelaki telah berjaya menembusi tembok yang paling saya takuti itu dan berharap hubungan ini akan berakhir dengan ikatan suami isteri," jelasnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog