Setelah melihat senarai lelaki terkaya dalam industri hip hop yang dikeluarkan Forbes baru-baru ini, saya rasa saya sudah temui calon suami saya.
P. Diddy atau nama sebenar, Sean Combs, telah ditabalkan sebagai lelaki terkaya dengan USD50 juta, semua hasil daripada syarikat rakaman beliau, “Bad Boy Record”, jenama pakaian Sean John dan agensi Blue Flame.
Tidak kira lagi hasil daripada jualan vodka Ciroc. Teman baik beliau, Jay Z di tempat kedua. Jay Z dan isteri, Beyonce sedia maklum sebagai pasangan terkaya Forbes, namun Jay Z sendiri sahaja sudah bernilai USD43 juta.
Jay Z turut meraih keuntungan daripada syarikat rakaman Roc Nation, “Armand de Brignac champagne,dan D’Ussé cognac. Nampaknya nak jadi jutawan perlu contohi rapper antarabangsa.
Bukan jual arak, namun apa yang hendak diketengahkan di sini adalah bina empayar perniagaan dan bukan tumpukan kepada kerjaya seni semata-mata.
0 ulasan:
Catat Ulasan