25 September 2013

Posted by jinson on 25.9.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Ditampar, dipukul, dicekik, ditendang, disepak teranjang dan dipijak. Tak cukup dengan itu kepalanya dihentak ke meja. Itu saat yang menyeksakan bagi Nora Danish apabila diperlaku sebegitu oleh Farid Kamil. Tetapi bagi Nora, mana mungkin dia boleh berdiam diri.
 Selepas beberapa minggu mempelajari teknik mempertahankan diri, Nora nekad membalas dendam terhadap Farid. Siapa sangka aktres bertubuh kecil ini mampu membelasah pelakon tinggi lampai itu hingga membuatkan Farid terlentang tak bermaya. Semua pelakuan tersebut dapat disaksikan dalam filem terbaru lakonan mereka, Bencinta.
 "Kali ini saya sebagai Fathia. Sebelum ni saya pernah bawakan watak aksi lasak dalam drama Arjuna. Jadi tak kekok sangat untuk hidupkan watak kali ni. Lagipun untuk babak berlawan, dua bulan sebelum penggambaran saya diberi latihan oleh jurulatih bernama Komeng. "Sepanjang penggambaran tu memang saya ada alami beberapa kecederaan tapi kecederaan ringan saja.
 Setakat lebam-lembam dan benjol di kepala. Itu biasa lah kan...", kata Nora Danish ketika ditemui pada previu filem arahan pengarah Eyra Rahman ini, bertempat di TGV, Sunway Pyramid, kelmarin. Kali kedua digandingkan bersama Farid, Nora berkata dia cukup selesa berlakon di sisi suami kepada Diana Danielle itu. Tambahan sebelum ni keserasian antara mereka pernah wujud sewaktu membintangi filem Cuti-Cuti Cinta.
 Nora Yang Minta Dipukul Sementara itu Farid yang juga ditemui pada majlis sama berkata, dia sejujurnya kurang suka dengan karakter kali ini lebih-lebih lagi memerlukan dia berlaku kasar terhadap wanita. Bagaimanapun dia sedaya upaya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pelakon. "Saya memegang watak sebagai Faizal. Watak lelaki Melayu tipikal.
 Faizal sering memukul isterinya, Fathia. Walaupun begitu, secara realitinya saya menentang 100 peratus keganasan terhadap wanita. "Cabaran watak ini sangat besar. Saya diberi mandat untuk memukul wanita. Saya kena berhati-hati dalam melakonkan watak tersebut, lebih-lebih lagi ketika babak yang memerlukan saya memukul Nora.
 "Apabila kami melakukan babak aksi pukul memukul, Nora telah memberikan sepenuh kerjasama. Lagi saya pukul dia, lagi dia seperti diminta mahu terus dipukul. Lalu membuatkan saya lebih bersemangat untuk memukul dia," ujar Farid yang turut mengalami kecederaan bengkak di tangan sewaktu melakonkan babak bergaduh dengan Nora
. Bencinta mengisahkan Fathia (Nora) yang berkahwin dengan ahli perniagaan Faizul (Farid). Rumah tangga mereka cukup bahagia lebih-lebih lagi dengan kehadiran cahaya mata mereka iaitu Tiara. Namun kebahagian itu semakin hambar apabila Faizal mula bertindak kasar dengan memukul Fathia dan menjalinkan hubungan dengan wanita lain.
 Fathia kecewa dan membuat keputusan untuk lari jauh daripada hidup Faizal. Fathia bertemu dengan sahabat lamanya Shah, dan memulakan hidup baru. Mampukah Fathia dalam menhadapi Faizal yang tidak berperikemanusiaan? Selain Nora dan Farid, filem terbitan MIG ini turut dibintangi oleh Qi Razali, Uqasha Senrose, Angeline Tan dan Zalif Sidek. Bencinta ditayangkan di pawagam mulai 26 September i

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog