25 September 2013

Posted by jinson on 25.9.13 No comments
Jennifer Aniston `Terdesak` Untuk Dapatkan Baby?
Isk! Kasihan sungguh dengan aktres Jennifer Aniston kerana dia rupanya terlalu ingin untuk mendapatkan baby dan sedang berusaha ke arah itu. Malah sejak bertunang dengan aktor Justin Theroux pada Ogos 2012, dia memang sudah cuba untuk mendapatkan cahaya mata, namun akhirnya dia kecewa apabila usaha tersebut gagal.
 "Jen sudah mula terasa tertekan apabila dia masih lagi tidak dikurniakan bayi. Sebelum itu, dia sanggup untuk bercuti beberapa bulan daripada bekerja di lokasi, semata-mata untuk membuat persiapan untuk menjadi ibu. "Bila timbul isu yang mengatakan dia hamil, dia masih cuba memeranikan diri untuk berhadapan dengan masyarakat sekalipun berita itu hanyalah sekadar desas-desus.
 Apa yang pasti, Jen memang terdesak untuk menjadi seorang ibu," kata satu sumber yang mengaku agak rapat dengan aktres. Dalam pada itu, Jennifer Aniston dan tunangnya, Justin Theroux berjuang dalam perancangan untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka, namun masih belum memilih tarikh yang sesuai untuk mengadakan hari bersejarah mereka itu,
 "Kami mahu buat bila kami rasakan bahawa ianya adalah tarikh dan hari yang cukup sempurna. Sekarang ini pun, kami dah seperti sudah berkahwin," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog