25 September 2013

Posted by jinson on 25.9.13 No comments
Adam Nafi Pasal Sudah Bernikah Dengan Fiza Di Siam
"Masya-Allah!," itulah ungkapan pertama yang terpancul dibibir Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 30, tatkala dia dituduh sudah pun bernikah dengan bakal isterinya, Fiza Abd Halim atau Fiza Elite, 32.
 "Saya tidak pernah bernikah dengan Fiza di Siam. Tuduhan ini adalah fitnah. Mungkin orang berkata sedemikian kerana terkejut mendengar keputusan saya ini. Sejujurnya, saya tidak pernah sampai ke Thailand untuk bernikah. "Apapun, saya tidak berasa ada masalah bagi mereka yang sudah pun bernikah di sempadan.
 Yang penting, ikatan pernikahan tersebut sah. Cuma janganlah tertipu dengan sindiket haram di sana. "Selalunya, kebanyakan mereka yang bernikah di Siam adalah untuk merahsiakan perkahwinan mereka. Namun tidak bagi saya. Pernikahan saya esok telah pun mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak. Malah, saya juga langsung tidak merahsiakan hal ini kepada umum," katanya kepada murai.com.my, pagi tadi.
 Meneruskan penjelasan, Adam memberitahu pada awalnya pernah memikirkan mengenai status Fiza yang merupakan janda kepada dua orang anak. "Saya percaya ini adalah jodoh. Dalam tempoh dua bulan berkawan, saya ada terdetik seketika apabila memikirkan soal statusnya. Namun, apabila saya bersama Fiza, segalanya berjalan lancar. "Dulu, saya memang sayang gila dengan kekasih saya sebelum ini. Namun, ianya hanyalah sekadar perasaan sayang tanpa ada memikirkan soal kahwin.
 Apabila saya dengan Fiza, Allah terus bukakan hati saya untuk berkahwin dengannya. "Sejak itu, saya tidak fikirkan lagi pasal statusnya itu. Saya tahu hakikat bahawa Fiza adalah janda kepada dua orang anak. Tetapi, saya menerima Fiza seadanya," jelasnya. Mengenai majlis pernikahan esok pagi di Jabatan Agama Islam (JAIS), Shah Alam, Adam merungkai tohmahan yang mengaitkan ianya hanyalah sekadar majlis untuk mendaftar perkahwinan saja .
 "Saya tahu, apabila saya cakap saya nak bernikah di JAIS, ramai orang berasa pelik dan bertanya kenapa saya memilih untuk bernikah di pejabat kadi.Sebenarnya, saya bukannya bernikah di pejabat kadi, sebaliknya saya menyewa dan menggunakan bilik yang ada di Wisma JAIS. "Dalam bilik berkenaan ada disertakan pelamin. Jadi, boleh saya bergambar sikit selepas nikah
. Terus-terang, saya tidak ada membuat majlis makan selepas majlis itu. Namun, saya tidak menghalang rakan media untuk hadir sama. Tapi bilik berkenaan kecil saja dan saya sediakan sedikit jamuan ringan untuk yang hadir. Majlis nikah ini akan disertai kedua-dua belah keluarga," ujarnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog