Sejak dramatis, Nabila Huda disahkan kemalangan pada petang semalam bersama anaknya ketika pulang dari Planet Gempak di Kuantan Pahang, sehingga kini tiada siapa pun yang melaporkan bagaimana keadaan pelakon itu.
Meskipun ramai difahamkan Nabila Huda dan anaknya, Keisha selamat tetapi Admin hanya dapat lihat wajah anaknya itu sahaja yang sentiasa dikemas kini dalam laman Instrgaram oleh bapanya, Zaidi Zailani. Zaidi banyak berkongsi mengenai perkembangan anaknya itu yang dilaporkan retak tangan kiri dan kelihatan seperti dibalut ketika berada di hospital.
Bagaimana pun Admin harap Nabila Huda juga selamat dan tidak kritikal seperti ramai yang melaporkan di dalam laman soisal Twitter. Admin dapat tahu, Zaidi mengamuk habis kepada Nabila Huda bila dapat tahu anaknya itu turut terlibat dalam kemalangan.
Admin faham mungkin Zaidi tidak dapat mengawal emosinya itu, namun apa yang berlaku pada petang semalam memang tidak diduga. Bukan sahaja berang kepada bekas isterinya itu, Admin ada terbaca lagi dalam Twitter Zaidi yang dia marah juga pada pelakon Syazwan Zulkifli yang dikatakan pemandu kepada kereta pacuan 4 roda yang ditimpa kemalangan bersama dramatis itu.
Zaidi dikatakan marah selepas pelakon itu tidak bertegur sapa serta memhon maaf kepadanya ketika terserempak di hospital selepas menjadi penyebab kepada kemalangan itu. Namun Syazwan tidak duduk diam, malah dia terus membalas Twitter itu serta meminta maaf kerana dia tidak mengenali bekas suami Nabila.
Namun mereka akhirnya berbaik kembali dan dengarnya Syazwan akan bersemuka lagi untuk meminta maaf kepada Zaidi atas apa yang berlaku.Baguslah begitu, Admin harap Keisha dan Nabila Huda cepat-cepatlah sembuh.
0 ulasan:
Catat Ulasan