Ahad lalu kita telah dikejutkan dengan berita aktres popular, Nabila Huda yang mengalami kemalangan bersama anaknya sewaktu pulang Kuala Lumpur dari menghadiri Planet Gempak yang berlangsung di Kuantan.
Bagaimanapun syukur kerana dalam kemalangan itu, Nabila dan anaknya terselamat dari maut di mana Nabila hanya cedera ringan di kaki dan anaknya, Keisha Laila yang berusia 4 tahun mengalami luka ringan dan retak sedikit di siku tangan kirinya.
Berita kemalangan Nabila dan anaknya ini telah menjadi semakin hangat apabila bekas suaminya, Zaidi Zailani, meluahkan rasa kesal dan terkilan di laman sosial Twitter dengan tindakan Nabila membawa Keisha bersama ke ketika bertugas outstation.
Lebih mengejutkan apabila pemandu kenderaan pacuan 4 roda (4wd) Mitsubishi Triton yang dinaiki Nabila dan anaknya itu adalah pelakon Syazwan Zulkifli. Bagi menjelaskan serta menceritakan kemalangan ini, anak kepada lagenda rock negara, Amy Search ini akan hadir ke program MeleTOP malam ini sebagai tetamu jemputan.
Jangan lupa bersama pengacara MeleTOP, Nabil Ahmad dan Neelofa yang akan menemubual Nabila tentang detik-detik cemas sewaktu berlakunya kemalangan itu malam ini. Selain Nabila, aktres dan penyanyi Liyana Jasmay akan turut hadir untuk mempromosikan drama bersiri terbarunya di Astro Ria bertajuk Sahabat
. Kumpulan Mojo juga akan hadir untuk membuat persembahan dengan lagu 'Dark Clouds' yang merupakan OST kepada filem terbaru KRU Studios, Vikingdom.
0 ulasan:
Catat Ulasan