10 September 2013

Posted by jinson on 10.9.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Selain ramai yang menantikan pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin mengumumkan tarikh pernikahan mereka, pastinya juga kita menantikan satu lagi pasangan sama cantik sama, Fouziah Gous dan tunangnya, Zhafran.
 Bertemu Fouziah minggu lalu, aktres cantik ini memberitahu dia kini sedang bercuti dari berlakon kerana mahu menumpukan pada persiapan perkahwinannya. Sehingga kini masih belum ada tarikh muktamad bila hari bahagianya itu namu ia dijangka bakal berlangsung sebelum hujung tahun ini.
 "Saya baru saya selesai penggambaran drama bersiri untuk TV9 berjudul Alam Maya. Jadi, masa ni saya berehat dari berlakon sebab fokus pada persiapan kahwin. Semua persiapan saya dan tunang saya buat sendiri. Setakat ni kami baru tengok-temgok barang hantaran.
 "Saya sebenarnya tengah tunggu perancang perkahwinan saya iaitu Nasir Idea (abang Nas), untuk duduk berbincang dengan dia. Belum ada kesempatan lagi untuk kami berbincang. "Saya dan tunang nak kalau boleh secepat mungkin. Cuma tarikhnya masih belum ada.
Tambah, kami kena berbincang dulung dengan abang Nas", katanya yang juga bercadang mahu membuat sidang media mengenai majlisnya sekiranya semua urusan berjalan lancar dan dapat diselesaikan segera. Fouziah dan Zhafran mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu.
 Mengenai konsep majlis perkahwinan yang diidamkan, Foziah berkata dia menyerahkan kepada perancang perkahwinannya. "Masa saya bertunang dulu, abang Nas yang uruskan. Jadi untuk majlis perkahwinan kami ni, kami masih gunakan khidmat dia.
 "Saya tak lah terfikir nak buat konsep yan pelik-pelik atau terfikir tetang majlis idaman ker... cuma majlis kami nanti akan dibuat mengikut kemampuan. Tak lah melampaui bajet kami.
Apa yang penting, perjalanan hidup kami berdua sebagai suami isteri selepas majlis perkahwinan nanti" tuturnya.

.
Dalam pada itu Fouziah meluahkan rasa teruja dan berdebarnya menantikan saat dia bergelar isteri. Namun jelasnya, biarpun peminat sering melihat dia bersama tunangnya setiap masa, namun hakikatnya mereka tidak pernah keluar bersama untuk temu janji.
 "Kami sebenarnya baru nak mula bercinta. Kami belum ada kesempatan nak keluar dating, belum rasa momen berdating. Kalau jumpa pun hanya kerana kerja. Nak juga merasa keluar, pakai cantik-cantik, pergi dating.
 "Jadi sekarang ni saya teruja dan tak sabar nak kahwin sebab semua tu saya nak buat lepas kahwin.", katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog