10 September 2013

Posted by jinson on 10.9.13 No comments
Farid Kamil Dedah Nama Pangkal Anak, Muhammad
Admin rasa pasti ramai yang tak sabar hendak menonton program khas Astro yang katanya akan memperkenalkan putera sulung aktor Farid Kamil dan Diana Danielle kan? Yelah, Farid sendiri sudah beritahu yang dia dan pihak Astro akan bekerjasama untuk menyiarkan Majlis Khatam Quran untuk isterinya, Diana Danielle serentak Majlis Aqiqah untuk anaknya dalam laporan Admin sebelum ini.
 Namun, Admin dengar ianya baru perancangan awal antara pihak pengurusan Farid iaitu Metrowealth (MIG) dengan Astro. Wah kalau dah berbincang itu pastilah menjadi kan? Amboi, eksklusif benar anak Farid dan Diana ni kan?
 Sehingga hanya akan perkenalkan anaknya di dalam sebuah siaran TV sahaja. Dengarnya lagi, Farid seperti sedang mengurung isteri dan anaknya di kampung halamannya di Kedah sebelum ianya diperkenalkan dalam majlis dan program itu tidak lama lagi.
 Bukan itu sahaja, Admin dapat tahu, setelah Farid memuat naik beberapa keping gambar anaknya, selepas ini dia tidak lagi berbuat demikian kerana eksklusiviti itu akan diberikan ada pihak Astro. Wah, malah, bukan sahaja wajah terkini anaknya itu sahaja tidak akan dedahkan lagi tetapi sehinggakan nama anaknya pun perlu dirahsiakan.
 Namun, Admin ada juga dengar yang Farid sudah terlepas beritahu nama anaknya itu. Tetapi hanya pangkal atau awal nama anaknya itu sahaja didedahkan. Nama pangkalnya adalah Muhammad. Wah baguskan mereka memilih nama pangkal dari nama Nabi,
Admin harap, anaknya itu dapat membesar dengan baik dan membesar sebagai anak yang soleh. Tak lupa juga, pasti handsome macam bapanya kan?hehehe

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog