KUALA LUMPR, (MLP) - Sebuah sekolah menengah didakwa memasang kamera litar tertutup (CCTV) dalam tandas sekolah itu dan Kementerian Pelajaran terlahpun memulakan siasatan atas dakwaan tersebut. Sekolah tersebut adalah SMK Seri Sentosa dan sebanyak 64 buah CCTV bernilai RM100,000 telah dipasang selepas diluluskan oleh Kementerian Pelajaran.
Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa sekolah tersebut memasangkan CCTV di dalam kedua-dua tandas perempuan dan lelaki. Sungguhpun segelintir ibu bapa telah meluahkan bahawa mereka tidak ketahui perkara ini, guru besar SMK Seri Sentosa mempertahankan pemasangan CCTV itu dan berkata surat minta persetujuan telah dihantar kepada para ibu bapa serta penjaga pelajar-pelajar sekolah itu.
Rahmah memberi penerangan yang CCTV tersebut dipasang dan diajukan ke arah sinki dan tidak boleh diubah kedudukan untuk diacukan ke arah tandas. Guru besar tersebut juga berkata yang pemasangan CCTV adalah untuk mencegah masalah seperti pembulian, vandalisme, ponteng sekolah serta pergaduhan. Pada awalnya, sebanyak 30 peratus ibu bapa tidak setuju dengan cadangan tersebut, tetapi menukar fikiran setelah mendengar penjelasan Rahmah.
Selain itu, rakaman CCTV itu hanya boleh dilihat Rahmah seorang dan cuma akan dilihat jika terdapat aduan daripada guru-guru. Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan mengesahkan bahawa siasatan ke atas perkara itu sedang dijalankan pihaknya. Ini merupakan kontroversi terbaru yang melanda sekolah selepas isu makan dalam ‘tandas’ di SK Seri Pristana bulan puasa lepas.
0 ulasan:
Catat Ulasan