10 September 2013

Posted by jinson on 10.9.13 No comments
Presiden PERKASA, Tok Him sedang ratib dan berdoa di depan pintu Istana Kehakiman/ Pic: twitter.com
KUALA LUMPUR: Sekitar 400 hingga 500 orang berkumpul di perkarangan Istana Kehakiman pagi ini untuk bagi pendengaran kes rayuan Kerajaan terhadap penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.
 Orang ramai telah mula berkumpul kira-kira jam 8 pagi tadi yang mana diketuai oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali. Pada 9 Julai, Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh the Herald.
 Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 22 Ogos pula memutuskan untuk menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.
 Kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 31 Disember 2009, yang membenarkan semakan kehakiman Gereja Roman Katolik berkenaan bagi menarik balik larangan KDN berhubung penggunaan kalimah “Allah” dalam Herald untuk merujuk kepada Tuhan bagi penganut Kristian.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog