29 Ogos 2013

Posted by jinson on 29.8.13 No comments
Syamsul Yusof Sedia Ambil Tindakan Penyamun Cetak RompakKUALA LUMPUR, 29 OGOS 2013: Pengarah filem, Syamsul Yusof menegaskan, pihak Skop Production dan Grand Briliance akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan atau memuat turun filem terbarunya KL Gangster 2 yang bakal ditayangkan pada 3 Oktober depan. Syamsul Yusof memberi kenyataan tersebut di dalam status laman sosial Facebook miliknya, selepas menyedari filem arahannya itu telah tersebar di laman sesawang menerusi satu pautan yang membolehkan sesiapa untuk memuat turun penuh filem berkenaan. Statusnya di Facebook seperti berikut : Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Briliance akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan? Download filem KL Gangster 2 tanpa kebenaran di mana-mana media sekalipun. Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab. Pautan memuat naik filem KL Gangster 2 telah tersebar luas di laman sesawang dipercayai sejak semalam selepas ianya menawarkan muat turun penuh filem aksi tersebut. KL Gangster 2 dibintangi pelakon terkenal dan hebat seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Rosyam Nor dan ramai lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog